Monday, August 6, 2012

kegunaan akar fatimah

      Nak cite pasal pengalaman saya mengunakan bunga akar fatimah atau ade jugak org panggil sanggul fatimah mana mana pun bole, tp kacip fatimah tu lain jgn tersalah pulah buruk padahnye. Mula mula saya kenal akar fatimah ni masa umi saya baru balik dari Tanah Suci Mekah, umi belikan utk saya, saya pun x penah tau pun pasal akar tu sebelum ni,
      Bila da dapat tak tau pulak mcm mana nak guna, pastu esok g keje tanye la kwn2 yg ade pengalaman, ade yg ckp ok ade juga yg ckp x ok, pokok pangkal diri sendirila. Mula2 agak takut juga nak guna bila dengar org ckp, klu minum awal bahaya, saya simpan dulu bila dah masuk 38 minggu baru saya beranikan diri rendam kan akar, Mak ai bukan main cepat lagi akar tu kembang  mekar,"ni dah nak bersalin ke" tanya sama hati. Tapi saya x minum pun, kali pertama sya rendam airnye yang warne coklat tu saya buang sebab kotor berpasir, kali yang kedua baru saya simpan, simpan je dulu x minum lg sebab takut.

       Bila dah masuk 39 minggu pada hari ahad bermula la detik detik diambang bersalin.  jam mula menunjukan pukul 10.00 malam saya nak pg mandi, biasalakan org bersalin ni badan panas jd sya pun pegi la mandi, pastu tetibe saya dah nampak mcm da kuar tanda  mcm darah skit2, pastu bg tau umi, tu tanda da nak bersalin tu, pastu saya pun cuakla, bagi tau en suami prepare barang2 nak g hospital. masa tu ade la sakit sikit2, pastu pergi la hospital selayang, konon nye nak bersalin kat situ la. bila dah masuk cek sume da bukak 1cm, tp yg hampeh nye adeke doktor tu kate "puan bole balik dulu ye, sebab baru bukak 1cm, lama lg ni, lagi pun ni anak sulung, paling cepat pun lg seminggu" saya pun balik la dengan hampa x dapat bersalin kat situ. bila dah pagi agak2 dalam pukul 5am sakit da makin kerap, dalam hati ni da nak bersalin ni, tp masa tu x minum lg air akar fatimah. Bila da pukul 8am lagi kerap, releks lagi, bila dah pukul 11am kontruksi makin kuat, pastu ambil keputusan pergi hospital yang terdekat je kat Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan ke hospital barula saya minum air akar fatimah tu, masa kat rumah sebelum pergi saya sapu air tu kat perut dan muka. Bila cek2 nurse ckp da bukak 4 cm so duduk la wad, pukul 4 pm cek lg kata nurse, nurse suruh makan dulu nanti takut x de tenaga. Tengok jam lambat pulak begerak baru 2.30pm kontruksi da makin kuat , sabar lg. pastu da pukul 3.00pm sabar lg, bila da pukul 3.30 pm dah memang kemuncak sakit, x bole sabar dah , ambil keputusan bangun dari katil pergi sendiri ke bilik bersalin, bila nurse cek dah bukak habis, cepat nye bukak x sampai semingu mcm doc kat selayang tu ckp. pastu pukul 4.05 pm barula saya selamat bersalin bayi perempuan seberat 2.9kg, yang best  nye layanan nurse kat hospital kuala kubu bharu mmg VVIP. So x terkilan la walaupun x dpt bersalin kat hospital selayang.
         Bila difikirkan balik  mungkin sebab saya minum air akar fatimah tu ke, proses bersalin x la sakit sangat dan cepat, tp x bole percaya sangat sakit ke x, tu rezeki masing2. tu sume cuma pengalaman saya. Petua dari kawan2 supaya dipermudahkan bersalin amalkan baca surah mariam dan  Dzkir Asma' Al-Husna yang boleh kita amalkan :

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.
dan jgan lupe minta maaf pada suami, mak dah ayah dulu.

1 comment:

  1. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    ReplyDelete

sila la tinggalkan komen anda